Sunday, August 26, 2012

Samsung Champ

Assalamualaikum
Salam Syawal

Saya baru beli Samsung Champ, harga RM 199 murah saja.





Mula-mula pakai nampak macam ok saja. Boleh letak mp3, bluetooth, camera, dan macam-macam lagi.
Cuma ini handphone touch screen, memang leceh sikit kalau nak taip.Tangan tak boleh berpeluh, nanti rosak screen. Tapi tak apalah, berlatih tiap-tiap hari. :-)
Dah cas 6 jam untuk pertama kali, supaya bateri tahan lama.

Esoknya saya cuba guna mp3, dengar lagu, tiba-tiba earphonenya dengar sebelah saja
(Beli handphone ni dapat earphone dan tempat letak handphone free)
Alamak! Kelam kelam kelam.
Nampaknya kenalah pergi balik kedai tu, guna warranty yang diberi.

Lepas tu cuba tanya adik saya dulu. Mana tahu dia tahu boleh baiki.
Dia cuba guna, terus elok!
He he he.....
Rupa-rupanya saya letak earphone tu tak ketat...
Lain kali, buat sesuatu biar betul-betul, berhati-hati, dan guna otak. Nasihat untuk diri sendiri.
Huh.........!!!   lega.......!!

Sekian wassalam.

Monday, July 30, 2012

Keburukan Gula

 
 
Ramai yang tahu gula tak elok untuk kesihatan. Yang tahu gula boleh sebabkan sakit gigi,  kegemukan dan penyakit kencing manis. Sebenarnya banyak lagi keburukannya yang membahayakan kesihatan.

1- Gula putih yang kita makan sekarang sebenarnya telah diproses dengan membuang isi kandungannya termasuk vitamin dan mineral, menjadikan ia hanya makanan yang memberi tenaga untuk seketika namun langsung tiada khasiat. 

2- Mempercepat proses penuaan. Jadi kalau anda mahu melambatkan proses penuaan, jauhi gula. Anda juga hendaklah selau bersenam, jauhi stress dan makan makanan berkhasiat jika ingin melambatkan proses penuaan.

3- Boleh menyebabkan mudah risau dan cepat panik kerana ia merangsang kelenjar adrenal.

4- Melemahkan sistem ketahanan badan terhadap penyakit.

5- Menaikkan kandungan gula dalam darah

6- Makan makanan dan minuman bergula menyebabkan anda rasa bertenaga, tapi itu hanya sekejap saja. Lama-kelamaan badan akan menjadi lemah. Gantikan makanan bergula dengan makanan yang lebih berkhasiat seperti nasi, oat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang akan memberi tenaga untuk jangka masa panjang.

7- Gula bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan, tetapi juga ia akan memusnahkan vitamin dan mineral lain dalam badan kita terutama vitamin B dan kalsium. Vitamin B penting untuk proses penghasilan tenaga. kalsium pula penting untuk tulang dan gigi yang kuat. Orang-orang yang rendah mungkin mengalami kekurangan kalsium dalam badan. Kalsium banyak didapati dalam susu, yogurt, dan keju.

Banyak lagi keburukan gula putih sebenarnya. Setiap hari kita mengambil gula tanpa menyedari seolah-olah kita memasukkan racun dalam badan. Oleh itu kurangkan pengambilan gula kalau nak memperbaiki kesihatan kita.




Sunday, February 5, 2012

Betulkah Yahudi bijak?

Klik pada gambar untuk zoom

Gambar: Yahudi yang berjaya dalam bidang
penyiaran di Amerika Syarikat.



Jumlah Yahudi di seluruh dunia ialah 14 juta sahaja. Nisbah 100 0rang Muslim bersamaan 1 orang Yahudi. Sejak 100 tahun ini, bangsa Yahudi adalah kaum yang terkaya di Amerika Syarikat. Jumlah mereka hanya 2% sahaja di US. Tapi kenapa jumlah yang sedikit itu yang menguasai dunia sekarang?

Beberapa senarai orang yang beragama/keturunan Yahudi:
1-Michael Dell (Pengasas Komputer Dell)
2-Albert Einstein (Ahli Sains Genius) Dia pernah ditawarkan untuk menjadi Perdana Menteri Israel sebelum ini.
3-Sergey Brin (Salah seorang pengasas Google)
4- Bill Rosenberg (Pengasas Dunkin Donuts)
5-Mark Zuckerberg (Pengasas Facebook)

Mengapa?
Sebenarnya mereka tiada bezanya dengan kita kerana mereka juga manusia yang punya kelemahan. Tapi apa yang menyebabkan mereka begitu berjaya sehingga menguasai seluruh dunia? Adakah kerana faktor keturunan (gen) yang genius, atau kerana budaya masyarakat mereka?


Mungkin ini antara faktor-faktornya:

1-Mereka sangat rajin bekerja. Menurut satu kajian di Argentina tentang orang Yahudi di sana, 84% masyarakat mengakui bahawa orang Yahudi rajin bekerja. Itu memang sifir kehidupan, siapa rajin berusaha, dia berjaya. Allah takkan ubah kaum selagi mereka tak ubah diri sendiri.

2-Mereka meletakkan kedudukan yang tinggi terhadap pendidikan. Rajin menimba ilmu menjadi tradisi dalam masyarakat mereka. 30% pelajar Universiti Harvard mengatakan bahawa mereka adalah Yahudi. Dengan ilmulah kita boleh mengubah kehidupan. Kalau mahu apa-apa pun, mesti dengan ilmu.

3-Mereka saling bekerjasama dan suka bantu-membantu. Di US, mereka ada organisasi sendiri yang membantu siapa yang kesusahan .Ketika orang Yahudi mula sampai di US dahulu, kebanyakan mereka adalah miskin. Ada kisah seorang Yahudi itu, ketika sampai di New York hanya ada 2 dollar dalam tangan. Kemudian dia berniaga kecil-kecilan sambil itu dia mempelajari bahasa English, Sepanyol dan Jerman. Dalam masa yang sama, ada organisasi Yahudi yang menyalurkan pendapatan kepadanya supaya dia dapat menyekolahkan 5 orang anaknya. Akhirnya semua anaknya berjaya dalam pekerjaan mereka, salah seorangnya adalah doktor perubatan.

4- Tradisi Yahudi suka menjalankan bisnes. Di Madinah dahulu sebelum kedatangan Nabi s.a.w perniagaan di sana dimonopoli oleh Yahudi. Orang Yahudi cepat merebut dan mencipta peluang untuk maju dalam bisnes mereka. Ada juga yang mengatakan Yahudi sukakan wang. Apapun kerana mereka rajin berusaha, ditambah dengan sikap kuat bekerja, maka tak hairanlah mereka maju dalam bidang tersebut. Kebanyakan pasaran saham New York (Wall Street) dipegang oleh Yahudi.

Mungkin ada faktor lain lagi. Apapun kesimpulannya Yahudi bukanlah bijak, atau genius. Cuma mereka rajin yang menyebabkan mereka bijak. Walau bagaimanapun ada juga Yahudi yang malas. Tapi lihatlah ekonomi dunia dan banyak aspek lagi sekarang ini dipegang Yahudi. Kalau nak diboikot semua barang Yahudi, apa sajalah barangan di pasaran yang tinggal? Oleh itu kita orang Islam yang sepatutnya bekerja keras untuk menguasai semula dunia ini. Tidak ada yang mustahil. Allah kan bersama kita.



Thursday, February 2, 2012

Nasihat Syeikh Abdul Qadir Jailani (5)




Celaka kamu wahai nafsu yang munafik, dusta, kafir, dan suka berbuat jahat. Maka bagaimana kamu dapat duduk bersama ia? Perangilah nafsu itu dan janganlah kamu menyetujuinya, tapi janganlah terus bercerai darinya. Tapi tahanlah nafsu itu, dan tunaikan haknya yang semesti saja. Paksakanlah ia dengan perjuangan. Hawa nafsu itu hendaklah kamu menguasainya, jangan biar ia menguasai kamu.

Syaitan adalah musuhmu dan musuh ayahmu Adam a.s.Maka antara kamu dan mereka ada permusuhan sejak dahulu kala yang mana kamu tidak akan aman dari mereka kerana mereka telah memerangi ibu bapamu (Adam dan Hawa). Maka jadikanlah taqwa itu pedangmu. Dan jadikanlah mentauhidkan Allah, takut kepadaNya, warak, jujur dan nohon pertolonganNya sebagai bala tenteramu dalam memerangi syaitan. Senjata dan bala tentera inilah yang mengalahkan dan menghancurkan bala tentera mereka. Bagaimana kamu akan kalah kalau keberanian bersamamu?

Janganlah kamu menghadap Allah kecuali setelah kamu meninggalkan apa yang selainNya. Setelah kamu melakukannya maka jadikanlah dunia ini bagi nafsumu, akhirat bagi hatimu, dan Tuhan bagi rahsiamu. Wahai anakku, janganlah kamu bersama dengan hawa nafsu, jangan ikut yang selain Allah. Apabila datang petunjuk Allah tiada lagi kesesatan selepas itu. Bertaubatlah dari dosa-dosamu dan bersegeralah kepada Tuhan Yang Maha Penyayang.

Apabila kamu bertaubat maka hendaklah zahir dan batin juga bertaubat. Lepaskanlah pakaian maksiat dengan taubat yang ikhlas. Sesungguhnya hati orang yang suci apabila hendak berhubungan sesama makhluk, maka dia mengharungi samudera makhlukNya itu dengan tawakkal kepada Allah. Apabila mereka tiba di samudera ini mereka berkata:

"الذي خلقني فهو يهدين"
(Iaitu Tuhan) yang menciptakanku maka Dialah yang akan memberiku petunjuk

Dia memberi petunjuk dari samudera ke satu samudera yang lain, dari tempat hingga ke tempat yang lain hingga dia sampai ke jalan yang lurus.

Wednesday, February 1, 2012

Kenapa Tuhan cipta neraka?






Satu kisah yang amat berguna untuk dikongsi bersama semua ahli agar kita
lebih memahami konsep Syurga dan Neraka.

Ini kisah benar, kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek

pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang

melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam' kerap kali pihak berkuasa

tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan

dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis

berkenaan menutup aurat.



Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati

melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi

kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi
garis
panduan yang ditetapkan.



Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan
bersama
dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk

menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda

semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.





Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,

seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di

Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup
aurat.


Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh
pegawai
PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf
dan
dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan

majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.





Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas

dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,
takut
nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.

Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam

neraka..."



Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak:

"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh

sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?"



Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz

tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..



Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak

akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:

"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen

sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam..

hidup senang lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak

nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua

jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"



Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia

terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga.

Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang

baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji

sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang

dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol

disyurga, lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang

terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita

nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.



"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.."

rungut si gadis.



Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke

dianggap baik?"



Gadis tu terdiam.



Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu

Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud.

Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri
sendiri
dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang

diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah,

maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita Ingatlah;
semuanya
dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat

bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita

jugak. Assalamu'alaikum."

Sumber: Emel.

Cerita dengan jujur pernah tak kamu buat benda ni?



Cuba JUJUR dengan diri sendiri .... kemudian bagitahu diri anda pernah buat tak benda-benda ni ?

1. Buka kipas meja , cakap depan kipas, nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

4. Lukis burung macam huruf M

5. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara dua bukit.

6. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni -->

7. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia padam...

8. Kalau tak siap kerja sekolah, sengaja tinggal buku latihan kat rumah...

HEHEHEHEHEHEHE APA GELAK-GELAK………xD

Sunday, January 29, 2012

Kata-kata Imam Syafiee tentang sahabat

PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.
Dalam hal ini, Imam Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan:



Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"

Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.

Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

Sukarnya mencari sahabat sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini.

Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.

Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah hampir seperti musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.

Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.

Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.

Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.

Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.

Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.

Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.


Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.
Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

sumber : http://nuratie.tblog.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...