Friday, October 19, 2012

Apakah itu Aurora?



Pernahkah anda terdengar tentang perkataan Aurora di hujung dunia? Saya dulu pelik mendengarnya, puteri aurora beradu ke? Tapi kebanyakan anda pasti dah tahu.


Aurora ialah sejenis cahaya  terang yang terpancar, menari-nari di langit.Ia berada di ketinggian 100km, hanya berlaku di kutub utara dan kutub selatan sahaja. Selalunya berwarna hijau, ada juga merah dan lain-lain. Ia terdapat dalam pelbagai bentuk, ada yang memanjang, seperti  awan dan bermacam-macam lagi.
Fenomena Aurora berlaku kerana zarah bercas yang dihasilkan oleh matahari, berlanggar dengan zarah-zarah di atmosfera bumi, di kawasan medan magnet bumi dan terhasillah aurora. Seperti yang kita tahu, medan magnet bumi ialah di kutub utara dan selatan.



Kutub utara di panggil Aurora Borealis atau Northern Lights. Boleh dilihat di Negara Canada, Alaska (USA), Scandinavia (Norway, Finland, Sweden, Denmark), Rusia, Iceland dan Greenland.

Kutub selatan dipanggil Aurora Australis. Boleh dilihat di Antartika, Australia, New Zealand dan Amerika Selatan.


                                                Aurora Borealis di Alaska, USA


                                             Aurora Australis di New Zealand.


Orang-orang Europe utara zaman dahulu memanggil Aurora 'Roh yang menari-nari', mereka takut dan kerana mereka pun tak tahu itu fenomena apa sebenarnya. Sebabnya Aurora akan bergerak-gerak dan berpusing-pusing selama sesaat atau sejam di langit.

Untuk melihatnya aurora yang indah, menari-nari di langit, anda hendaklah saksikan ia ketika malam, di langit yang gelap dan tidak berawan, di kawasan tinggi dan yang paling penting bukan di Asia Tenggara tapi di kawasan berdekatan kutub utara atau selatan. Musim sejuk paling sesuai sebab malamnya lebih panjang, bertambah peluang untuk menikmati keindahan aurora. Macam cara nak tengok meteor, sama juga.



Untuk pengetahuan anda, Aurora pernah menyebabkan bencana di Kanada, di mana ia merosakkan kabel elektrik di Quebec, seluruh bandar tiada elektrik beberapa jam. Ini menyebabkan saintis mengkaji Aurora. walau macam mana pun, ia masih lagi satu fenomena yang kurang difahami oleh saintis. Mereka tertanya-tanya, apa yang menyebabkan aurora bergerak-gerak, berpusing-pusing. Adakah aurora boleh membawa berbagai-bagai bencana.

Di Alaska, Amerika Syarikat, Saintis melancarkan roket untuk mengkaji Aurora. Roket menghasilkan asap, yang akan melukis rupa sebenar Aurora. Adakalanya projek mereka tak menjadi sebab masalah teknikal. Ada juga kerana cuaca tak elok, salji terlalu tebal.



Di Norway, aurora adalah fenomena yang kerap berlaku, memandangkan mereka terletak berdekatan di kutub utara. Saintis di sana menembak radar ke langit, untuk dapat maklumat tentang Aurora. Mereka juga melancarkan satelit untuk mengkaji tentangnya.



Subhanallah... Cantiknya...
Kalau ada peluang, boleh kita menyaksikannya. Simpan duit, lepas tu boleh melancong ke sana. Bagus orang-orang barat mengkaji fenomena ini, kita pun sepatutnya contohi sikap rajin mereka, bukan meniru budaya buruk merek. Tapi di sini pun banyak keajaiban-keajaiban ciptaannya, seperti mega-mega merah di waktu petang, kilat, pelangi tak kurang hebatnya berbanding aurora.   Terpulanglah kita sama ada untuk menghargai keindahan di depan mata atau memandangnya dengan kosong.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...