Saturday, July 30, 2011

Luahan yang bercampur baur

hidup ni sebentar. kata dunia nak kiamat. hmm aku takut... macam mana di alam kubur nanti?
aku ingin kedamaian.
aku takut kalau ekonomi dunia jatuh
aku takut kami akan kekurangan duit
aku takut akhir masa nanti tiada lagi makanan untuk terus hidup

aku takut di kubur nanti.adakah akan diampuni?
aku takut di akhirat nanti....
Ya Allah hilangkan rasa takut di hatiku.

aku bencikan manusia yang suka tunjukkan aurat setiaphari
aku hanya boleh marah, tapi tak tau bagaimana nak ubah mereka
manusia dah macam binatang. buka tanpa rasa malu!
kenapa tak ada siapa tegur mereka?

buka aurat>dilihat lelaki fasiq> membawa kepada zina
kapel (islamik kapel???)> berhubung> membawa kepada zina
mata-mata> hati ke hati > membawa kepada zina

sekarang ni yang buat rasa nak meletup...:
iklan, cerita menjolok mata kat tv
eeeee benci benci benci benci benci
kenapa tak ada siapa tegur??? kenapa semua orangbuat tak tahu???
manusia sekarang ada otak ke tak ada????
ke dah setaraf binatang???

syaitan dah bertepuk sorak nih
"yahoo kalau zina berleluasa, rosaklah anak adam!!"



Ya Allah tolonglah kami!




Pandai Bahasa Inggeris



Assalamualaikum

Ramai yang kata 'susahnya nak pandai BI'. Dulu saya pun benci sangat English.

sebenarnya English tak susah kalau betul caranya. dulu saya fikir kalau pandai English tu memang satu keajaiban. rasa macam mustahil.

kakak saya berbuih ajar grammar tapi tak faham2. saya rasa caranya salah. buat tambah pening ada la. saya rasa ajar grammar bukan cara yang tepat.

ada yang suruh baca buku cari maksud dan hafal maksud tu. tapi saya tak suka buka kamus, penat tangan. cari maksud sebijik2 penat betul

ada yang suruh hafal essay. lagi tak suka benda2 hafal camni, tak praktikal.

ada yang kata kena speak English dengan kawan2 baru boleh pandai. macamana boleh membantu? kawan kita pun tak pandai English. kalau cakap dengan orang putih ye la boleh improve.

ada yang kata kena selalu tulis essay baru pandai. macam mana pulak, kita tulis essay sendiri lepas tu boleh pandai English pulak? tak,ini pun tak betul
ok, sekarang biar saya tunjukkan rahsia saya pandai English dalam masa singkat! cubalah insya Allah pasti kan berjaya!


pertama
Key utama selalunya BACA BUKU. ye baca buku bertan-tan.
tapi kena betul caranya. pertama bacalah buku dari bawah. dah pakar, naik la sikit2.
kalau baca, jangan terjemah satu2, tapi baca semua ayat baru tafsirkan. kalau perkataan yang susah saja cari kamus, baru senang ingat.
jangan sikit2 buka kamus, sudahnya apa pun tak ingat.
buku yang baca tu kena BANYAK. jangan satu dua buku dah nak pandai. buku BI sentiasa di tangan. yang penting kena berterusan, bukan seminggu sekali je.
nanti tengok la anda akan teringat-ingat gaya bahasa cerita itu, secara automatik anda akan terus 'terpandai' English

kedua
TENGOK TV. tengoklah kartun, drama barat. drama yang gambar terdedah tak payah tengok. Dengar apa yang mereka sebut, cari makna di bawah. saya setiap kali tengok tv langsung tak perhati jalan cerita. tumpu 100% kat perkataan mereka je.
ok tiap2 hari buat ye. BERTERUSAN.
saya rasa inilah cara yang paling efektif. betul2 berkesan. sebab belajar bahasa ni yang paling penting ialah MENDENGAR.
CUBALAH! dalam sebulan anda akan lihat kesannya. dalam sebulan anda akan 'terspeaking' English dalam otak... betul...

ketiga
DENGAR RADIO. dengar perkataan mereka. yang ini tempat kedua selepas 'tengok tv'.
ni pun sama cepat membantu! yang penting ialah DENGAR DENGAR DENGAR perkataan mereka, macam mana mereka sebut. tengok tv, dengar radio, nanti tengok la anda akan terus terikut dengan grammar mreka. saya faham grammar lepas saya praktis semua ni. kalau belajar cara normal macam dulu tak ada function langsung. langsung tak faham.

keempat
kalau ada facebook, like/suka page2 bahasa inggeris. baca semua posts. ni pun ok juga sebab bahasa mereka senang faham. dan buka kamus online. yang ni lagi ok berbanding buka kamus biasa sampai lenguh2 tangan.

kelima
DOALAH kepadaNya. yang berkuasa adalah Dia.anti anda akan terikut-ikut dari apa yang anda dengar dan baca. kemudian anda akan terus terbiasa speak English. betul... tak percaya? cubalah buat seminggu.mesti ada kesan! ok jangan lupa segala yang berlaku dengan izin Allah. mohon pertolongannya. moga perkataan saya ini memberi anda manfaat walaupun sedikit.

Wassalamu'alaikum.


Thursday, July 28, 2011

best

ADIK: Abang tahu tak bila perempuan yang ...tak tutup aurat akan tutup aurat?
ABANG: Masa naik haji? Tak pun masa kahwin nanti, kan?
ADIK: Salah, lagi?
ABANG: Bila dapat hidayah daripada Allah?
ADIK: Salah juga. Nak tahu jawapan dia?
ABANG: Apa dia?
ADIK: Ustazah adik cakap, perempuan itu akan tutup aurat bila dia dikafankan, akan tutup semuanya, selamanya.
ABANG: ... (Hebat kata-kata Ustazah adik tu)

Al Khawarizmi, ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik. Beliau menjawab,
Jika wanita solehah & beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang “1” tiada, maka, tiada apa yang tersisa padanya kecuali sekelompok “0”.

p/s: jom usaha! Dapat nilai 1 pun ok la. Sebab tu lebih baik dari 000000 kan?
p/s: dah bersyukur hari ni? Jom ucap Alhamdulillah untuk semua nikmat yang Allah bagi free pada kita :)

Jika seseorang memberi kita tudung baru, cantik dan mahal harganya, pastinya kita akan ucapkan ribuan terima kasih atas pemberian itu. Tapi tidakkah kita seharusnya lebih bersyukur kepada DIA yang memberikan kita kepala untuk memakai tudung itu.

Monday, July 25, 2011

Eleh... yang ni lagi 'best'


Wah... machonya pakai 'cap'
Tapi pakai kopiah lagi 'hensem'

Wow... cantiknya 'dress' dia macam 'model'
Eleh kalau tutup aurat lagi cantik... macam bidadari

Awak cantik bila pakai 'make-up'
Hmm tak payah 'make-up'... wudhu' pun dah cukup penyeri wajah

'Best'nya dapat orang kaya...
Tapi kalau miskin akhlak, lagi menambah derita ada la...

Kebahagiaan dunia adalah impian manusia
Tapi kalau Akhirat sengsara tak ada guna jugak...

Adakah Kau Lupa

Artist: Alarm Me
Song Category: Nasyid
Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayari samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah
ADAkAH KAU LUPA???

Sunday, July 24, 2011

Tahukah kamu...?

Orang pertama yang menemui virus ialah doktor muslim bernama Ibnu Zahr

Orang pertama yang menggunakan kertas dari pokok ialah penduduk Mesir

Orang pertama yang meletakkan baris pada huruf-huruf Arab ialah Abu Aswad Ad Du'ali

Orang pertama yang mnyebut "Lailahaillallah" selepas sembahyang ialah sahabt Nabi yang bernama Mush'ab bin Umair

Orang pertama yang menutup Ka'abah dengan kain ialah Nabi Ismail

Orang pertama yang digelar 'Singa Allah' ialah Saidina Hamzah

Orang pertama yang dikebumikan di Baqi' ialah Sahabat Nabi bernama Uthman bin Maz'un

Terima kasih. Arigato. Syukran

Syukran kerana melawat. sila datang lagi.
Wassalaamu 'Alaikum!

Warna-Warni Potret

Klik pada gambar untuk zoom













Saturday, July 23, 2011

Semula-Selamanya


Masih belum terlewat untuk menegakkan
Tugu kehidupan dari sisa semalam
Biarpun serpihannya amat melukakan jiwa
Itulah bekalan menuju hari muka

Musim duka sudah berlalu
Kita bina hidup baru
Sekadar berdiam diri
Tiada bererti

Bagaikan sungai mengalir ke muara
Liku-liku dan rintangan yang melanda
Mencabar kesabaran seorang hamba
Yang mengharap keredhaan dari Tuhannya
Selamanya

Kesilapan usah diulang
Bangun dengan tekad baru
Berusaha tanpa jemu
Berserah selalu

Friday, July 22, 2011

Cara tak nak jatuh hati

1-jangan pandang
2-jangan rasa orang itu cantik/kacak. anggap mereka itu MAKHLUK
3-cari cinta ALLAH
4-jangan lihat kecantikan mereka. lihatlah KECANTIKAN ALAM. kebesarab\n nikmat Allah
5-tumpukan untuk majukan kehidupan kita.
6-tumpukan untuk majukan IBADAH kita
7-jangan suka perhati orang


dan banyak lagi.......... semoga Allah beri kekuatan!





Bercinta/bercouple HARAM
melihat haram, zina mata
bercakap haram, zina mulut
pegang, lagi HARAM

Berkahwin HALAL
melihat halal
cakap, halal
pegang, halal.
bercinta, halal

Kalau sudah jatuh hati segerakan PERKAHWINAN

Kalau tak nak KAHWIN lagi,
Masih muda,
Tak cukup duit,
Nak belajar lagi
Maka...
jangan pandang
jangan fikir
jangan ingat.

Ingat Allah sahaja.

SEMOGA ALLAH BERI KEKUATAN




Mari perbaiki diri

Assalamualikum.
Alhamdulillah, kita hidup lagi hari ini. tujuan hidup untuk ke akhirat. tapi dunia ini penuh godaan, hingga lupa dunia abadi.

memang setiap orang sentiasa buat kesilapan. mudah-mudahan kita sentiasa cuba untuk perbaiki diri. saya mengaku banyak dosa, tapiinsya Allah, akan cuba perbaiki diri, mohon petunjuknya untuk berubah.

adakalanya takut juga, sebab kita sedar kalau hari ni kita buat dosa, tapi kita masih tak berhjenti lakukannya. ya Allah bagi kami kekuatan.

itu sebab kena nahi mungkar, saat kita buat dosa, moga-moga ada sahabat, keluarga yang menegur.

bagaimana anda? jom kita sama-sama menegah kemungkaran. memang kita bukan baik, tapi kita masih lagi mempunyai iman yang kuat sedikit, tegurlah meteka yanglemah iman itu. contoh: kawan yang pakai seluar ketat, cakap lah "pakailah seluar longgar, lagi selesa".

cuba ubah sikit-sikit. tapi yang paling susah ialah nak tegur ahli keluarga sendiri. terutamanya ibubapa, rasa beratnya nak tegur anak sendiri, padahal mereka bertudung labuh,tapi anak seluar ketat...

oklah sampai sini saja. Ya Allah beri kami kekuatan untuk berubah...

TV makin teruk

Assalamualaikum.

Sekarang ni tv makin melampau isi kandungannya. kalau dulu boleh juga nak tengok cerita-cerita. tapi sekarang ni, cerita melayu pun sama teruk. Ya Allah.... tak tahu nak buat apa.

Terbaru ialah iklan Rexona anti-perspirant deodorant untuk wanita, warna pink/purple, (kalau tak silap) yang memaparkan gambar maksiat. memang keterlaluan! kali pertama melihat pun dah cukup terkejut. apa nak jadi manusia sekarang ni?

seterusnya iklan Double A gabungan dengan movie Transformer. lagi menjijikkan! apakah manusia sekarang sudah serupa binatang? menunjukkan bahagian peribadinya tanpa rasa takut dan malu!!!???

Apakah anda rasa? tidakkah terdetik di hati anda untuk membanteras semua ini? maksiat makin berleluasa. semu tempat dipenuhi syaitan dan dosa.wahai umat Islam, ayuh kita perangi semua ini! mari bebaskan kita dari kebodohan manusia yang melakukan perkara yang menjijikkan! mari kita memerangi mereka! dengan izin Allah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...