Thursday, February 2, 2012

Nasihat Syeikh Abdul Qadir Jailani (5)




Celaka kamu wahai nafsu yang munafik, dusta, kafir, dan suka berbuat jahat. Maka bagaimana kamu dapat duduk bersama ia? Perangilah nafsu itu dan janganlah kamu menyetujuinya, tapi janganlah terus bercerai darinya. Tapi tahanlah nafsu itu, dan tunaikan haknya yang semesti saja. Paksakanlah ia dengan perjuangan. Hawa nafsu itu hendaklah kamu menguasainya, jangan biar ia menguasai kamu.

Syaitan adalah musuhmu dan musuh ayahmu Adam a.s.Maka antara kamu dan mereka ada permusuhan sejak dahulu kala yang mana kamu tidak akan aman dari mereka kerana mereka telah memerangi ibu bapamu (Adam dan Hawa). Maka jadikanlah taqwa itu pedangmu. Dan jadikanlah mentauhidkan Allah, takut kepadaNya, warak, jujur dan nohon pertolonganNya sebagai bala tenteramu dalam memerangi syaitan. Senjata dan bala tentera inilah yang mengalahkan dan menghancurkan bala tentera mereka. Bagaimana kamu akan kalah kalau keberanian bersamamu?

Janganlah kamu menghadap Allah kecuali setelah kamu meninggalkan apa yang selainNya. Setelah kamu melakukannya maka jadikanlah dunia ini bagi nafsumu, akhirat bagi hatimu, dan Tuhan bagi rahsiamu. Wahai anakku, janganlah kamu bersama dengan hawa nafsu, jangan ikut yang selain Allah. Apabila datang petunjuk Allah tiada lagi kesesatan selepas itu. Bertaubatlah dari dosa-dosamu dan bersegeralah kepada Tuhan Yang Maha Penyayang.

Apabila kamu bertaubat maka hendaklah zahir dan batin juga bertaubat. Lepaskanlah pakaian maksiat dengan taubat yang ikhlas. Sesungguhnya hati orang yang suci apabila hendak berhubungan sesama makhluk, maka dia mengharungi samudera makhlukNya itu dengan tawakkal kepada Allah. Apabila mereka tiba di samudera ini mereka berkata:

"الذي خلقني فهو يهدين"
(Iaitu Tuhan) yang menciptakanku maka Dialah yang akan memberiku petunjuk

Dia memberi petunjuk dari samudera ke satu samudera yang lain, dari tempat hingga ke tempat yang lain hingga dia sampai ke jalan yang lurus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...