Saturday, July 30, 2011

Pandai Bahasa Inggeris



Assalamualaikum

Ramai yang kata 'susahnya nak pandai BI'. Dulu saya pun benci sangat English.

sebenarnya English tak susah kalau betul caranya. dulu saya fikir kalau pandai English tu memang satu keajaiban. rasa macam mustahil.

kakak saya berbuih ajar grammar tapi tak faham2. saya rasa caranya salah. buat tambah pening ada la. saya rasa ajar grammar bukan cara yang tepat.

ada yang suruh baca buku cari maksud dan hafal maksud tu. tapi saya tak suka buka kamus, penat tangan. cari maksud sebijik2 penat betul

ada yang suruh hafal essay. lagi tak suka benda2 hafal camni, tak praktikal.

ada yang kata kena speak English dengan kawan2 baru boleh pandai. macamana boleh membantu? kawan kita pun tak pandai English. kalau cakap dengan orang putih ye la boleh improve.

ada yang kata kena selalu tulis essay baru pandai. macam mana pulak, kita tulis essay sendiri lepas tu boleh pandai English pulak? tak,ini pun tak betul
ok, sekarang biar saya tunjukkan rahsia saya pandai English dalam masa singkat! cubalah insya Allah pasti kan berjaya!


pertama
Key utama selalunya BACA BUKU. ye baca buku bertan-tan.
tapi kena betul caranya. pertama bacalah buku dari bawah. dah pakar, naik la sikit2.
kalau baca, jangan terjemah satu2, tapi baca semua ayat baru tafsirkan. kalau perkataan yang susah saja cari kamus, baru senang ingat.
jangan sikit2 buka kamus, sudahnya apa pun tak ingat.
buku yang baca tu kena BANYAK. jangan satu dua buku dah nak pandai. buku BI sentiasa di tangan. yang penting kena berterusan, bukan seminggu sekali je.
nanti tengok la anda akan teringat-ingat gaya bahasa cerita itu, secara automatik anda akan terus 'terpandai' English

kedua
TENGOK TV. tengoklah kartun, drama barat. drama yang gambar terdedah tak payah tengok. Dengar apa yang mereka sebut, cari makna di bawah. saya setiap kali tengok tv langsung tak perhati jalan cerita. tumpu 100% kat perkataan mereka je.
ok tiap2 hari buat ye. BERTERUSAN.
saya rasa inilah cara yang paling efektif. betul2 berkesan. sebab belajar bahasa ni yang paling penting ialah MENDENGAR.
CUBALAH! dalam sebulan anda akan lihat kesannya. dalam sebulan anda akan 'terspeaking' English dalam otak... betul...

ketiga
DENGAR RADIO. dengar perkataan mereka. yang ini tempat kedua selepas 'tengok tv'.
ni pun sama cepat membantu! yang penting ialah DENGAR DENGAR DENGAR perkataan mereka, macam mana mereka sebut. tengok tv, dengar radio, nanti tengok la anda akan terus terikut dengan grammar mreka. saya faham grammar lepas saya praktis semua ni. kalau belajar cara normal macam dulu tak ada function langsung. langsung tak faham.

keempat
kalau ada facebook, like/suka page2 bahasa inggeris. baca semua posts. ni pun ok juga sebab bahasa mereka senang faham. dan buka kamus online. yang ni lagi ok berbanding buka kamus biasa sampai lenguh2 tangan.

kelima
DOALAH kepadaNya. yang berkuasa adalah Dia.anti anda akan terikut-ikut dari apa yang anda dengar dan baca. kemudian anda akan terus terbiasa speak English. betul... tak percaya? cubalah buat seminggu.mesti ada kesan! ok jangan lupa segala yang berlaku dengan izin Allah. mohon pertolongannya. moga perkataan saya ini memberi anda manfaat walaupun sedikit.

Wassalamu'alaikum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...