Wednesday, October 5, 2011

Peristiwa meletak batu Hajar Aswad


Ketika Nabi Muhammad s.a.w mencapai umur 35 tahun, satu kerja membaiki ka'abah telah dijalankan oleh orang Quraisy. Setelah selesai pembinaan,timbullah pertanyaan siapakah yang berhak meletakkan Hajar Aswad ke tempat asalnya. Masing-masing suku kaum berasa pihak mereka berhak meletakkannya, sehingga menimbulkan pertelingkahan.

Dalam suasana begitu muncullah Umayyah bin AlMughirah mencadangkan supaya mencari pengadil. Semua ketua bersetuju, iaitu pengadil dipilih jika seorang yang mula-mula masuk ke pintu masjid, dia akan jadi pengadil. Esoknya yang mula-mula masuk ialah Nabi Muhammad s.a.w tanpa menyedari kemasukannya ada hubungan dengan pertelingkahan orang Quraisy. Orang Quraisy bergembira kerana Nabi Muhammad s.a.w memang terkenal dengan Al-Amin iaitu jujur.

Nabi Muhammad s.a.w mencadangkan bahawa serbannya dihamparkan, batu Aswad diletakkan di atas serban, setiap ketua puak memegang bucu kain, manakala tangan baginda yang mulia yang meletakkan Hajar Aswad tersebut. Akhirnya semua orang Quraisy berpuas hati. Begitulah kebijaksanaan baginda yang terserlah sejak dulu lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...