Ramai yang tahu gula tak elok untuk kesihatan. Yang tahu gula boleh sebabkan sakit gigi, kegemukan dan penyakit kencing manis. Sebenarnya banyak lagi keburukannya yang membahayakan kesihatan.
1- Gula putih yang kita makan sekarang sebenarnya telah diproses dengan membuang isi kandungannya termasuk vitamin dan mineral, menjadikan ia hanya makanan yang memberi tenaga untuk seketika namun langsung tiada khasiat.
2- Mempercepat proses penuaan. Jadi kalau anda mahu melambatkan proses penuaan, jauhi gula. Anda juga hendaklah selau bersenam, jauhi stress dan makan makanan berkhasiat jika ingin melambatkan proses penuaan.
3- Boleh menyebabkan mudah risau dan cepat panik kerana ia merangsang kelenjar adrenal.
4- Melemahkan sistem ketahanan badan terhadap penyakit.
5- Menaikkan kandungan gula dalam darah
6- Makan makanan dan minuman bergula menyebabkan anda rasa bertenaga, tapi itu hanya sekejap saja. Lama-kelamaan badan akan menjadi lemah. Gantikan makanan bergula dengan makanan yang lebih berkhasiat seperti nasi, oat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang akan memberi tenaga untuk jangka masa panjang.
7- Gula bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan, tetapi juga ia akan memusnahkan vitamin dan mineral lain dalam badan kita terutama vitamin B dan kalsium. Vitamin B penting untuk proses penghasilan tenaga. kalsium pula penting untuk tulang dan gigi yang kuat. Orang-orang yang rendah mungkin mengalami kekurangan kalsium dalam badan. Kalsium banyak didapati dalam susu, yogurt, dan keju.
Banyak lagi keburukan gula putih sebenarnya. Setiap hari kita mengambil gula tanpa menyedari seolah-olah kita memasukkan racun dalam badan. Oleh itu kurangkan pengambilan gula kalau nak memperbaiki kesihatan kita.