Thursday, August 4, 2011

Assalamualaikum

Saya benci sikap bangsa saya: Melayu.
melayu suka mengutuk orang, mencaci , menggelakkan orang, memerli, mengetawakan orang lain,
menyihirkan orang, menguji sikap orang lain.
suka guna perkataan : poyo, cover, capub, tak boleh blah, control,
pantang nampak orang lain lebih sikit mula la kata"poyo betul dia tu"
pantang nampak orang lain dapat nikmat mula kata "eleh bangga la tu"
bila nampak perempuan mesti lelaki melayu mengusik
ada perangai cina india macam tu?
suka perangai bodoh sombong macam tin kosong
bab mengata orang lain nombor satu, padahal mereka tu isi pun tak ada

bab mengutuk orang bagi kat melayu
bila orang buat perkara baru contoh: baca buku dalam bas, mula la ada suara sumbang "eleh nak tunjuk bagus la tu"
kalau rajin study "eleh nak tunjuk rajin lah tu"
kalau bab mengeboo pun nombor satu. pantang ada orang buat silap atas pentas, mula mengeboo lepas tu ketawa pula .

bila perempuan diam lalu, kata "cover betul minah tu"
bila orang yang bising lalu "saja nak cari pehatian lah tu. mencapub...."

kalau cakap tentang ilmu, tentang pengetahuan, tentang perniagaan, motivasi diri, tentang akhirat semua buat muka bosan
kalau cakap pasal artis, pasal couple, tak mau berhenti pulak
bila ada orang senang sikit dalam perniagaan, mula la hantar itu ini nak sihir
kalau ada ustaz yang tegur, habis ahli keluarga ustaz tu kena sihir
fikirkanlah...

saya bukan nak memuji bangsa lain, tapi saya tengok cina lebih berfikiran terbuka.
kalau di universiti budak cina rajin sangat belajar. semua buat hal sendiri. laki perempuan cina semua bekerjasama.selalu nampak mereka study group. peratus di universiti 10 % je tapi bila dekan yang 10% tu lah yang bolot.

cina ramai jugak yang pemalu tapi mereka berusaha hilangkan perasaan malu itu. mereka berusaha majukan diri.
kalau time kuliah ada rehat, cina duduk sorang2 dalam kelas study. melayu buat group gossip. ada sekali cina tu bawak buku time kokurikulum. yang si melayu bisik2 "eleh study la tu......"
jeles ke atau dengki atau tak suka tengok orang tunjuk bagus kot.
lepas tu, cina pun tak malu jalan sorang2, bawak beg besar, buku, botol air besar. kalau budak melayu buat perangai macam tu sure kena gelak ngan orang melayu jugak.

kat kelas lelaki cina banyak bersuara ketika belajar, lelaki melayu pulak banyak bersuara ketika mengusik perempuan.
lepas tu melayu suka match2kan orang u dengan orang ni. orang cina tumpu belajar je. tak aa suka buat kerja merepek macam tu.

india pun sama, semua bekerjasama untuk pelajaran. melayu bekerjasama untuk bergossip. memang nombor satu.


maaf kalau luahan saya ini agak kasar tapi inilah yang berlaku dalam hidup saya dan berdasarkan pengalaman saya. bukan semua melayu begini tapi agak ramai yang begini. sekadar ingin meluahkan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...