Wednesday, September 7, 2011

Nasihat Syeikh Abdul Qadir Jailani (3)


Kamu mendapat minuman dari lautan ilmuNya, makan dari daratan kurniaNya, berasa senang dengan kesenanganNya, dan mendapat liputan rahmatNya. Ini adalah untuk seorang dari setiap juta orang dari seluruh warga dan suku. Wahai manusia, hendaklah kamu bertaqwa, hendaklah kamu memegangi batas-batas syara', menjauhi hawa nafsu, syaitan dan teman -teman yang jahat.

Seorang mukmin dalam memerangi hal itu, dia tidur seperti tidurnya kamu, makan seperti makannya kamu tapi sedikit perkataannya dan banyak membisu. Yang membuatnya berbicara adalah kerana kehendak dan taqdir Allah. Dia (Allah) gerakkan pembicaraan mereka di dunia sebagaimana Allah s.w.t yang membuat setiap anggota badan berbicara di akhirat nanti. Apabila Dia menghendaki mereka untuk suatu urusan, maka dia siapkan bagi mereka urusan itu. Dia menghendaki mereka untuk menyampaikan peringatan dan khabar gembira kepada manusia.

Ketika Allah mewafatkan para Nabi dan Rasul, maka Dia tegakkan ulama untuk menunaikan tugas Nabi dan Rasul, lalu Dia jadikan mereka berbicara dengan pembicaraan untuk memperbaiki makhluk.

Sunday, September 4, 2011



Assalamualaikum

Hari ni saya sangat sedih. sebab komputer yang biasa saya gunakan dah tak berfungsi lagi. ini saya guna laptop kakak. komputer besar yang jenis kuno tu, walaupun banyak kekurangannya, tapi tetap berjasa kepada saya. ini angkara adikk-adik saya yang hanya reti main game dan meranapkan.
semuanya sebab internal hard disk dah tak berfungsi lagi. nak baik macam mana pun tak tahu sebab komputer jenis lama... saya kallau barang elektronik yang rosak memang jadi sedih sangat.
komputer tu walaupun banyak masalah; lembab, kena selalu defragment, selalu jam, tak boleh buka banyak program dll. tapi, bagi saya tetap memberi 1000 jasa buat saya...

Ini kisah kesedihanku hari ini. Adakalanya menceritakan kesedihan kita akan mengurangkan bebanan di hati kita...

Monday, August 15, 2011

Nasihat Sheikh Abdul Qadir Jailani part 2



Baiknya hati dengan bertaqwa dan tawakal kepada Allah, mengesakanNya dan ikhlas beramal. Rosaknya hati kalau tiada hal-hal itu. Hati seperti burung dalam sangkar , seperti permata dalam bekas , yang dihitung adalah burung bukan sangkarnya, yang dihitung permata bukan bekasnya.
Ya Allah, sibukkanlah anggota badan kami dengan dengan taat kepadamu dan hati kami dengan makrifatMu. Dan sibukkanlah kami dengan itu siang dan malam, semoga kami menyusul jejak langkah orang2 soleh yang terdahulu. Berilah rezekei seperti yang Engkau berikan pada mereka.

Jika kamu menginginkan allah bagimu maka sibuklah mentaatiNya, sabar bersamaNya, redha kepada ketentuanNya. Kaum yang soleh itu zuhud terhadap dunia, menghadapi dunia dengan taqwa dan wara'. Kemudian mereka mengharapkan akhirat dengan melakukan amalan akhirat. Orang mukmin yang yakin, tidak mentaati dirinya, syaitan dan hawa nafsu.
Dia tidak mengenal syaitan sehingga dia tidak mentaati dan tak mengendahkan dunia sehingga dia merendahkan dunia dan mengharapkan akhirat.

Wahai anak, tidurlah pada aliran takdir, berbantalkan kesabaran, redhailah takdir, dan teruslah beribadah sehingga Dia memberi jalan penyelesaian. Apabila kamu bersikap begitu, maka akan berlimpahlah apa yang ditakdirkan dari kurnia dan anugerahNya.
Wahai kaumku, redhalah akan takdir. Mari kita merendahkan diri kepada Allah, kepada takdir dan perbuatanNya, tundukkan diri kita zahir dan batin. Kita setujui takdirNya dan menerimanya kerana itu adalah ketentuan dari Yang Maha Kuasa.
Firman Allah : "Di sana pertolongan itu hanya dari Allah yang hak"

Friday, August 12, 2011

Nasihat Syeikh Abdul Qadir Jailani


Hati orng mukmin itu tidak mengetahui mengapa dan bagaimana hendak melayan kehendak nafsunya, bahkan ia mengatakan "Ya seluruh nafsu itu harus dilawan". Barangsiapa yang mahu memperbaiki diri hendaklah ia memeranginya hingga aman dari keburukan nafsu kerana seluruh nafsu itu mengajak kepada kejahatan. apabila nafsu diperangi maka seluruh nafsu jadi baik, menjadi senang dalam ketaatan dan mudah meninggalkan maksiat. ketika itu maka diucapkan baginya:
"wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba Ku dan masuklah ke dalam syurga Ku" (al-fajr 23-30)

Nafsu itu dapat meningkat, atau dapat menurun hingga hilang keburukannya da tak dapat mempengaruhi makhluk seperti yang berlaku kepada Nabi Ibrahim Khalilullah a.s. , beiau telahkeluar dari hawa nafsunya dan hidup tanpa dihasut hawa nafsu. sedang hatinya tenang , ketika baginda dicampak dalam api, berbagai makhluk ingin membantunya namun baginda menjawab "saya tak perlu bantuan kalian kerana Allah mengetahui keadaanku "
Oleh kerana besar penyerahannya maka Allah berkata kepada api
"wahai api, sejuklah kamu dan sejahtera ke atas Ibrahim" (al-anbiya 69)

Allah memberi pertolongan bagi orang yang sabar atas dunia tanpa batas dan Dia memberi nikmat kepada mereka diakhirat tanpa batas
"sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah dicukupkan pahala mereka tanpa batas" (az zumar 10)
Bersabarlah sesaat bersamanya. dan anda sekalian telah melihat kelembutanNya, dan Dia memberi kenikmatan bertahun-tahun. Keberanian adalah sabar sesaat. Allah berfirman:
"sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar" (al baqarah 153)
Bersabarlah bersamaNya, jagalah bersamaNya, dan jangan lalai kepadaNya, janganlah kamu jaga setelah mati, kerana jaga pada waktu itu tidak bermanfaat bagi kamu.
Jagalah untukNya sebelum kamu bertemu denganNya. Jagalah sebelum kamu dipersoalkan supaya kamu tak menyesal pada waktu sesal tidak berguna bagimu.

Perbaikilah hatimu , kalau baik hatimu maka baiklah seluruh anggota,baiknya hati itu dengan taqwa.

nasihat buat diriku terutamanya dan anda semua.

Tuesday, August 9, 2011

10 perkara untuk mencapai kebahagiaan


1- beristighfar di waktu fajar

2-menyendiri untuk bertafakur

3-berkawan dengan orang soleh

4-berzikir

5-sembahyang sunat dengan khusyuk

6-membaca Al-Quran dan menghayati maksudnya.

7-berpuasa

8-bersedekah secara sembunyi

9-meringankan beban saudara seIslam

10-berlaku zuhud dengan dunia

~Tulisan Dr. Abdullah 'Aidh Al-Qarni~

Saturday, August 6, 2011

Risaulah...


Assalamu'alaikum

Sejak akhir ni semua barang naik. minyak naik. makanan naik. sudahnya elektrik pun naik.
aduh... kena bertambah berjimat cermat lah jawabnya.
mungkin kena kerja keras lagi nak tambah pendapatan.

pemimpin pun satu. sudahlah tak menggunakan hukum islam, lepas tu tak pandai memerintah pulak tu. lepas tu pulak, boros duit rakyat pulak.
mereka senang2 ke hulu ke hilir, yang susah kita jugak.

kalau pemimpin dah macam tu, mungkin kita yang perlu majukan diri. mungkin kita boleh cuba kerja part-time, atau boleh juga cuba untuk buka perniagaan sendiri.

saya tengok, orang cina kalau berniaga laju je. tak takut untung ke rugi ke berniaga je. perniagaan adalah kehidupan. kalau tiada perniagaan lemahlah kehidupan.

saya mesti berusaha mencari duit! dalam keadaan ekonomi yang tak tentu hala ni, saya tak boleh buat apa melainkan berusaha sendiri untuk mencari duit!

Putih tak sesuai untuk wanita


Assalamualaikum

kat malaysia, nak sembahyang mesti ada telekung, kalau tak ada tak boleh sembahyang.

sebenarnya kalau cukup tutup aurat boleh terus sembahyang dah, tak payah tutup lagi dengan telekung. telekung tu orang asia tenggara saja yang pakai.

tapi pakai telekung pun sebenarnya tak cukup tutup, sebab banyak orang yang pakai telekung tapi jarang.
oleh sebab warnanya putih, maka nampak warna kulit.
kalau pakai tudung telekung, memang tutup kalau pakai tudung sekali di dalam
(tapi ramai orang yang pakai skaf saja, maka nampak bayang tengkuk, rambut, maka tak sah lah solat)

tapi kalau kaki macam mana? selalu nampak orang solat, bila sujud nampak je warna kakinya. maka tak sah lah solat itu. kecualilah kalau pakai stokin sekali.

dan ramai jugak yang pakai telekung, dalamnya pakai tshirt pendek lagilah tak sah. telekung kan putih, jarang.

ada juga yang melapiskan telekung tu dengan kain lain.
ada juga yang gunakan kain yang sangat tebal supaya tidak jarang, boleh juga buat begini tapi ini tidak sesuai untuk negara kita yang beriklim panas.
itulah sepatutnya telekung mesti warna gelap supaya tak nampak warna kulit. kalau warna hitam lagi elok.

telekung putih tebal tapi nampak warna kulit= tak sah
telekung nipis tapi warna gelap = sah

kenapa telekung tu tak digunakan warna hitam atau warna2 gelap? perempuan sangat tak sesuai dengan warna putih sebab ia jarang. sedangkan perempuan mesti menutupi hampir seluruh tubuhnya.
warna yang paling sesuai untuk perempuan adalah hitam atau warna gelap. wanita arab saudi semua berpakaian hitam, sebab ia tidak jarang, dan tak nampak warna kulit.
mereka juga bila nak solat terus sembahyang dengan pakaian tu sebab memang dah sedia menutup aurat.

Diriwayatkan Ummu Salamah:
"apabila perintah berhijab diturunkan, aku melihat wanita Ansar memakai hijab di kepala mereka seolah-olahnya burung gagak"

maksudnya orang Ansar memakai pakaian hitam.
warna hitam, inilah yang lebih tepat.

banyak sekarang dijual kain telekung berwarna-warni. baguslah, bila dah ada warna, tak nampaklah warna kulit.
diharap anda berhenti memakai kain telekung putih. dan pakailah tudung di dalam ketika pakai telekung supaya tak nampak bayang tengkuk dan rambut.
atau solat anda tak akan diterima.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...